Polis Daerah Hilir Perak merampas 140 buah motosikal pelbagai jenama dan memeriksa 109 orang, termasuk empat remaja perempuan yang masih belajar dalam satu Operasi Bersepadu Samseng Jalanan (Ops Lejang) pada petang Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintenden Yahaya Hassan berkata, mereka ditahan ketika berkumpul di Jalan Speedy selepas mendapat maklumat mengenai persediaan untuk mengadakan lumba haram di kawasan Jalan Sultan Abdullah dan kawasan Selabak.
"Kita bertindak atas maklumat itu dengan menghantar sepasukan enam pegawai serta 21 anggota polis untuk menyerbu kawasan berkenaan dan menahan kesemua mereka kira-kira jam 4 petang.
"Mereka diarah menolak motosikal masing-masing sejauh tiga kilometer untuk ke IPD Hilir Perak sebelum direkodkan keterangan serta dilakukan ujian saringan air kencing," katanya kepada pemberita di IPD Hilir Perak pada Isnin.
Yahaya berkata, hasil siasatan, polis telah mengeluarkan sebanyak 140 saman Pol dan 257 saman untuk pelbagai kesalahanan di samping menyelesaikan 17 waran tangkap.
"Sebanyak 51 motosikal turut ditahan kerana tiada cukai jalan dan insurans serta menunggang tanpa lesen memandu yang sah.
"Seramai 29 lelaki dan empat perempuan diperiksa air kencing dan hasilnya seorang lelaki berusia 29 tahun didapati positif dadah jenis ampethamine," jelasnya.
Operasi tamat kira-kira jam 3 pagi Ahad.
Yahaya memberitahu, operasi itu dijalankan selepas polis menerima banyak aduan berhubung tindakan samseng jalanan yang sering melakukan perlumbaan haram.
"Kami akan terus memperhebatkan ops ini bagi membendung kegiatan perlumbaan haram dan kami juga minta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berhubung apa sahaja tindakan yang mencurigakan termasuk kegiatan samseng jalanan ini," ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Dec 19 2016
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
178 ditahan dalam operasi samseng jalanan
Polis menahan 178 individu membabitkan 143 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang Ipoh.
Polis rampas 140 motosikal pelbagai jenama
Polis Daerah Hilir Perak merampas 140 buah motosikal pelbagai jenama dan memeriksa 109 orang, termasuk empat remaja perempuan yang masih belajar dalam Ops Lejang.