Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta

Shazeli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963. - Gambar IPK Selangor
SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Selangor bersama-sama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berjaya merampas minuman keras dan rokok tidak bercukai yang melibatkan nilai keseluruhan RM1.22 juta menerusi Ops Kontraban di Subang Jaya, semalam.
Ringkasan AI
- API Error: HTTP 429 - { "error": { "message": "Rate limit reached for gpt-3.5-turbo in organization org-VwAUm9RUwIcQ27J9pn5QZHoc on requests per min (RPM): Limit 3, Used 3, Requested 1. Please try again in 20s. Visit https://platform.openai.com/account/rate-limits to learn more. You can increase your rate limit by adding a payment method to your account at https://platform.openai.com/account/billing.", "type": "requests", "param": null, "code": "rate_limit_exceeded" }}
"Pasukan operasi mengesan aktiviti pemunggahan kotak dipercayai mengandungi minuman keras dari sebuah lori bonded ke sebuah premis sebelum serbuan dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shazeli berkata pihaknya menahan dua lelaki warga asing berusia 25 dan 35 tahun dengan pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai jenis minuman keras dan rokok tidak bercukai serta dua lori bonded dipercayai digunakan untuk pengedaran bahan tersebut.
Siasatan awal mendapati premis itu dijadikan stor simpanan kira-kira lima bulan lepas dan turut melibatkan penggunaan label kastam palsu bagi mengelak tindakan penguatkuasaan.
Shazeli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.
Beliau berkata barang rampasan itu dipercayai bagi memenuhi permintaan pasaran sekitar Subang Jaya sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
"Polis Selangor akan terus mempergiat usaha membanteras penyeludupan barangan tidak bercukai yang menjejaskan hasil negara serta keselamatan awam," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


