Polis Diraja Malaysia berjaya merampas dadah yang mempunyai nilai keseluruhan RM189.85 juta membabitkan 182,962 kes sepanjang Januari hingga Disember 2016 di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kejayaan itu adalah usaha Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah yang mana 200,586 pesalah atas berbagai kesalahan dadah berjaya ditahan dan 26 makmal haram berjaya dibongkar dalam tempoh yang sama.
Beliau berkata jumlah tangkapan pada 2016 meningkat 10 peratus berbanding 182,787 pada 2015 dengan kutipan dianggarkan RM238.87 juta.
Rampasan dadah bertambah pada tahun 2016 tetapi nilainya berkurangan kerana lambakan bekalan dadah terutamanya dadah sintetik seperti syabu yang menyebabkan kejatuhan harga dadah itu di pasaran Malaysia dan PDRM membuat penilaian rampasan mengikut harga pasaran sesamsa.
"Polis telah merampas 5,563.8kg pelbagai jenis dadah, 2,996,529 biji pil, 285,793.03 liter cecair pelbagai jenis dadah, 46,339.59kg daun ketum dan 25 pokok ganja yang kesemuanya bernilai RM189.85 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak di sini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk SAC Gan Tian Kee dan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Wan Hassan Wan Ahmad.
Menurutnya daripada 200,586 yang ditahan, rakyat tempatan paling ramai iaitu 192,663 pesalah, berbanding 172,743 pada 2015 manakala tangkapan warganegara asing turut meningkat kepada 7,923 pesalah berbanding 7,044 pada tahun sebelumnya.
Katanya lagi pecahan jumlah tangkapan sepanjang tahun lalu turut mencatatkan peningkatan membabitkan seramai 21,178 pembekal iaitu 15 peratus, 51,421 pemilik dadah (24 peratus) dan 127,987 (4 peratus) didapati positif urin.
"Aktiviti tangkapan dan tindakan ke atas pengedar di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 juga meningkat 19 peratus kepada 1,014 kes berbanding 854 kes dalam tempoh yang sama," katanya.
Beliau berkata gejala penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan penuntut sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) menunjukkan kebimbangan apabila turut mencatatkan peningkatan tangkapan sebanyak 20 peratus atau 987 penuntut sepanjang tahun lalu.
Mohd Mokhtar berkata penuntut IPT paling ramai terlibat iaitu 539 orang berbanding 378 yang ditahan pada 2015 menjadikan peningkatan melonjak kepada 43 peratus.
"Gejala penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah juga membimbangkan apabila 448 pelajar direkodkan pada tahun lepas berbanding 443 pada tahun 2015.
"Penuntut yang ditahan di bawah seksyen 39B ADB adalah 112 orang dan bagi 2015 41 orang," katanya kesemua yang terlibat majoritinya 97 peratus lelaki dan bakinya adalah perempuan.
Komposisi penagihan dadah di dalam negara kini ialah 65 peratus pengguna dadah sintetik seperti ekstasi, syabu dan yaba manakala hanaya 35 peratus penagih mengambil dadah tradisional seperti heroin dan ganja.
Beliau turut memberitahu kejayaan sepanjang tahun lepas itu pihaknya turut merampas sebanyak 121 senjata api, 1,405 butir peluru, dua bom tangan, tiga bom tangan buatan sendiri dan satu bom mortar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2017
berjaya merampas dadah yang mempunyai nilai keseluruhan RM189.85 juta membabitkan 182,962 kes sepanjang 2016. - Gambar hiasan
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Perubahan iklim boleh kurangkan KDNK Asia dan Pasifik sebanyak 17 peratus menjelang 2070 - ADB
Kenaikan paras laut dan penurunan produktiviti buruh dijangka menjadi punca utama kerugian, dengan negara berpendapatan rendah paling terkesan.
ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
ADB gesa ASEAN tingkatkan kualiti hidup untuk bangunkan masyarakat berdaya tahan
Rantau ini perlu, antara lain, berusaha memastikan rakyat boleh membaca, pintar matematik dan sains, dan pemakanan lebih baik.
Jerman sedia geran bernilai AS$26 juta untuk ADB sokong mekanisme peralihan tenaga
Jerman ialah rakan kongsi pembiayaan kedua yang menyertai Dana Amanah Perkongsian ETM ADB, susulan pengumuman geran AS$25 juta oleh Jepun.
Pemulihan hijau Asia Tenggara boleh wujudkan peluang pelaburan RM760 bilion setiap tahun
ADB menjelaskan laporan terbaru itu mengenal pasti lima bidang yang menyokong pemulihan pasca-COVID-19 menerusi pembangunan lebih hijau.
Ekonomi membangun Asia diunjur berkembang 5.2 peratus tahun ini
Beberapa wilayah/rantau dijangka kembali kepada kadar pertumbuhan ekonomi yang mereka alami sebelum penularan pandemik.
ADB lancar fasiliti vaksin Asia Pasifik bernilai AS$9 bilion
Anggota ADB yang sedang membangun memerlukan pembiayaan untuk mendapatkan vaksin serta pelan dan pengetahuan yang bersesuaian.
Batalkan jaminan ADB ibarat balas dendam kepada rakyat Pulau Pinang - Guan Eng
Menurut Lim Guan Eng, keputusan itu dilihat seperti satu pembalasan dendam politik terhadap rakyat Pulau Pinang.
Ekonomi Malaysia dijangka susut 4.0 peratus tahun ini - ADB
Ekonomi Malaysia dijangka susut sebanyak 4.0 peratus pada tahun ini sebelum pulih untuk berkembang sebanyak 6.5 peratus pada 2021, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB).
Malaysia, Vietnam dan Thailand, penerima manfaat terbesar jika konflik perdagangan AS-China berpanjangan - ADB
ADB mengunjurkan Malaysia, Vietnam dan Thailand akan menjadi penerima manfaat yang terbesar di Asia Tenggara jika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China berpanjangan.