awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas dadah bernilai lebih RM6.6 juta, lima direman

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/08/2022
03:20 MYT
Polis rampas dadah bernilai lebih RM6.6 juta, lima direman
Datuk Mohd Yusri Hassan Basri (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Chenderiang. - Astro AWANI
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak berjaya merampas 110.453 kilogram dadah jenis Methamphetamine dalam serbuan di sebuah bangsal di dalam hutan di Chenderiang, Tapah, pada Jumaat lepas.
Keseluruhan dadah itu bernilai RM6.627 juta yang boleh digunakan lebih sejuta orang penagih.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.45 pagi itu, polis turut menahan lima lelaki termasuk dua beradik yang berumur antara 29 hingga 33 tahun.
“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutanhsk Harta) 1988 di mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak telah menyita dua buah kenderaan, empat utas rantai leher berwarna keemasan, satu bentuk loket, dua bentuk cincin berwarna keemasan dan sepasang subang berwarna keemasan.
“Anggaran jumlah keseluruhan nilai harta yang disita adalah sebanyak RM161,375 dan keseluruhan rampasan dadah bersama anggaran harta yang disita adalah sebanyak RM6,788,555,” katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Menurutnya, sindiket itu dipercayai mula aktif sejak Jun lalu dan dadah yang dihasilkan adalah untuk pasaran luar Perak.
Katanya, ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod jenayah mendapati empat orang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah.
Kelima-lima suspek telah direman tujuh hari mulai 27 Ogos hingga 2 September.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#bangsal dalam hutan
#serbuan
#Mohd Yusri Hassan Basri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan