Polis merampas dua lagi pucuk pistol yang disembunyikan di dua lokasi berasingan dalam Op Api Laras Kawaii pada Selasa dan Rabu lepas, susulan rampasan sepucuk pistol Revolver dalam kes pergaduhan di Kulim, Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Jalil Hassan berkata berdasarkan pengakuan suspek lelaki yang ditahan pada Ahad lepas, dia dan rakan lelakinya masih memiliki beberapa pucuk pistol yang disembunyikan di beberapa tempat.
Sehubungan itu, Abdul Jalil berkata polis membuat serbuan pertama di sebuah rumah dua tingkat di Lorong Sekolah Convent, Kulim pada Selasa dan menemukan sepucuk pistol semi auto jenis Glock 3C Austria 45 bersama 49 butir peluru hidup.
Dalam serbuan kedua pada awal pagi Rabu di Taman Selaseh, Kulim, polis menemukan sepucuk pistol tiruan berserta sarung pistol, dua butir peluru hidup, sepasang gari berserta sarung hitam dan topeng muka, katanya.
"Kedua-dua senjata api itu ditanam di halaman rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
"Ekoran penemuan senjata api dan peluru ini, dua suspek lelaki berumur 32 dan 34 tahun berasal dari Kulim ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu.
"Siasatan awal menunjukkan pistol itu digunakan untuk perlindungan diri dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah," katanya.
Ahad lalu, polis menahan tiga suspek terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 34 tahun serta merampas sepucuk pistol jenis Revolver yang digunakan dalam kes pergaduhan di sebuah kafe di Kulim.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016

Polis merampas dua lagi pucuk pistol yang disembunyikan di dua lokasi berasingan dalam Op Api Laras Kawaii pada Selasa dan Rabu lepas. - Gambar hiasan

41 maut kebakaran gereja di Giza, Mesir
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gereja di wilayah Giza, Mesir pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Mesir.

Warga Singapura sesat mendaki, sudah ditemui
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan sesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Panti Barat, pada Sabtu telah ditemui selamat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Ogos 2022.

10 Berita Pilihan - (14 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UMNO | Dekati pengundi, tak boleh bergantung jentera wanita
UMNO tidak boleh bergantung kepada jentera wanita semata-mata untuk mendekati kumpulan pengundi tertentu, selain perlu memikirkan pendekatan sesuai bagi mendekati kumpulan yang dilihat 'jauh' dengan parti itu.

Iklan Palsu | CEO LZNK ambil tindakan undang-undang
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan syarikat pinjaman wang yang menyalahgunakan gambar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syeikh Zakaria Othman dengan tujuan memperdaya orang ramai. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Sabtu supaya siasatan dapat dilakukan terhadap syarikat terbabit yang dikhuatiri tidak wujud.

Protes Mana LCS | Polis panggil 13 individu bantu siasatan
Polis akan memanggil 13 individu untuk memberi keterangan berhubung 'Protes Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)' yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kuala Lumpur, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Tragedi Muay Thai | Peninju Thailand maut akibat pukulan 'knockout'
Peninju dari Thailand meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima pukulan 'knockout' dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Kota Bharu, Kelantan. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata mangsa dikenali sebagai Kittichai Chaengkhao, 28 tahun, berasal dari Chumpong.

RM20,000 sekiranya atlet SUKIPT berjaya pecah rekod kebangsaan - PM
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan SUKIPT 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

AWANI Ringkas: Wanita BN cadang penubuhan universiti, bank khas untuk wanita

Polis rampas dua lagi senjata api di Kulim
Polis merampas dua lagi pucuk pistol yang disembunyikan di dua lokasi berasingan dalam Op Api Laras Kawaii pada Selasa dan Rabu lepas, susulan rampasan sepucuk pistol Revolver dalam kes pergaduhan.