awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000

Bernama
Bernama
19/11/2024
13:11 MYT
Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof (tengah) menunjukkan dadah jenis ganja ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari ini. - Foto BERNAMA
KAJANG: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran ganja dengan merampas dadah bernilai RM499,974 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Semenyih di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata polis turut menahan seorang peniaga yang juga penternak udang galah bersama isterinya serta dua lagi lelaki berusia lingkungan 29 hingga 39 tahun dipercayai terlibat menyimpan dan mengedar dadah jenis ganja, cecair campuran ganja dan bunga ganja.
"Ketiga-tiga suspek lelaki disahkan positif dadah jenis THC melalui hasil saringan air kencing," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.
Beliau berkata pasangan suami isteri terbabit telah dituduh di mahkamah hari ini manakala dua lagi suspek masih direman hingga 21 Nov ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Naazron berkata dalam ketiga-tiga serbuan itu, polis menemukan dadah jenis ganja seberat 36.402 kilogram (kg), 2.953 kg cecair campuran ganja dan 7.589 kg bunga ganja.
Beliau berkata dadah berkenaan dipercayai untuk edaran di pasaran sekitar Lembah Klang dan boleh dibekalkan kepada lebih 94,000 pengguna.
"Polis percaya terdapat rangkaian sindiket ini masih bebas terutama dalam kalangan pembekal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket pengedaran ganja
#Rampas dadah
#Semenyih
#Polis Daerah Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan