awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai di Sibu

Bernama
Bernama
25/01/2025
14:00 MYT
Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai di Sibu
Azmi berkata turut dirampas dua forklift, tiga lori bonded atau tertutup dan sebuah kereta. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis merampas lebih 17,000 karton minuman keras tanpa cukai bernilai kira-kira RM15.15 juta dalam Op Taring Alpha 2 di dua premis di Sibu, Sarawak pada Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata turut dirampas dua forklift, tiga lori bonded atau tertutup dan sebuah kereta.
"Tangkapan dan rampasan berkenaan dipercayai berjaya memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran dan penjualan arak tidak berkastam yang bergerak aktif di sekitar Sibu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azmi berkata sebanyak 41 serbuan dijalankan seluruh negara dan 44 orang ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar dan penjualan senjata tiruan sejak 1 Jan lepas.
"Keseluruhan nilai rampasan sepanjang tempoh itu dianggarkan berjumlah RM175,937,546.85," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDNKA
#minuman keras
#Akta Kastam 1967
#hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan