BENTONG: Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM50,000 di sebuah rumah sewa di Taman Desa Damai di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun ditahan dalam serbuan yang dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.
Menurutnya, ketika serbuan suspek yang juga seorang penganggur mengaku sebagai penghuni rumah dan hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu menemui pelbagai jenis mercun serta bunga api.
"Semakan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang lesen atau kebenaran dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek baru sahaja memiliki bahan tersebut dan menyimpan di dalam rumah itu sebelum dijual kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.
Jelasnya,siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti dari mana bahan tersebut diperoleh dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak menjual atau bermain mercun tanpa permit termasuk yang telah diubahsuai kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang.
"Kita juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan mercun segera membuat aduan di balai polis berdekatan," ujarnya lagi.
Berita asal: Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM50,000
Sinar Harian
Fri Apr 23 2021
Antara mercun,bunga api yang dirampas pihak polis. -Foto ihsan PDRM
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
PGA gagalkan cubaan seludup tanaman hiasan lebih RM900,000
Briged Tenggara PGA menggagalkan cubaan menyeludup tanaman hiasan dan tumbuhan dengan nilai rampasan lebih RM900,000 di Tanah Merah, Kelantan.
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
340 cedera akibat mercun sempena Krismas dan tahun baharu di Filipina
Hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur
Tindakan berkenaan akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar sekali gus menyukarkan pekerja pembersihan melupuskan sisa domestik.
Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.
Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.
Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni pangsapuri di Meru
Kejadian bermain mercun itu dikatakan berlaku di tingkat 20, Residensi PR1MA Meru.
KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak ketika bermain mercun atau bunga api sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.
Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac
Jumlah berkenaan membabitkan 39 kes serta tangkapan melibatkan 25 lelaki dan enam wanita warga tempatan.
Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun
Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.
Polis Pahang tolak permohonan jual mercun, bunga api dalam talian
Polis Pahang menolak 50 permohonan menjual mercun dan bunga api sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat 10 April lepas, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.