awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas rokok seludup bernilai lebih RM0.66 juta

Ridzal Abdullah, Radhi Muslim
Ridzal Abdullah, Radhi Muslim
11/12/2019
05:17 MYT
Polis rampas rokok seludup bernilai lebih RM0.66 juta
Serbuan pertama menemui 750 karton rokok di dalam kereta sementara serbuan kedua menemui 910 karton rokok di dalam sebuah premis. Foto PDRM
Tiga lelaki warga asing diberkas bersama rokok seludup bernilai lebih RM0.66 juta dalam dua kes berasingan di kawasan Jalan Buli Sim-Sim dan premis di Jalan Prayer, di sini, awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi, Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, semua suspek berumur dalam lingkungan 20 tahun.
Tangkapan pertama di Jalan Buli Sim-Sim membabitkan dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.
"Hasil risikan, anggota Tiger Platoon menahan kenderaan itu dan menemui 750 karton rokok dianggarkan bernilai RM140,100 dalam kenderaan suspek.
"Penahanan dua lelaki itu membawa kepada serbuan di dua premis di Jalan Prayer. Serbuan di premis pertama berjaya menemui 1,958 karton rokok seludup.
"Serbuan ke atas premis kedua pula menemui 910 karton rokok dan turut menahan seorang suspek lelaki. Nilai rokok itu dianggarkan sebanyak RM526,700," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, semua suspek ditangkap untuk tindakan lanjut dan nilai rampasan rokok seludup termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM686,866.
Topic Berkaitan
#Mohd Nasaruddin M Nasir
#polis
#rokok seludup
#Sandakan
#suspek
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan