awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas syabu bernilai RM400,000, lelaki Nigeria ditahan di Batu Ferringhi

Bernama
Bernama
03/11/2014
09:01 MYT
Polis rampas syabu bernilai RM400,000, lelaki Nigeria ditahan di Batu Ferringhi
Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas syabu bernilai RM400,000 yang disembunyikan dalam kotak berisi patung perhiasan.
Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas syabu bernilai RM400,000 yang disembunyikan dalam kotak berisi patung perhiasan dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Batu Ferringhi, dekat sini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki yang ditahan dalam serbuan pada pukul 3.15 petang Jumaat hasil risikan sejak seminggu lepas itu, memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sebuah kolej swasta di negeri ini.
"Kesemua dadah itu disembunyikan dalam ruang khas sebuah kotak berisi pelbagai patung perhiasan seperti naga dan harimau yang dipos secara kurier dari China ke Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa itu tidak menuntut di kolej berkenaan dan dia juga tidak mempunyai pekerjaan.
"Lelaki itu dipercayai mendapat bekalan dadah dari luar negara dan membungkusnya semula sebelum mengedarkan kepada pelanggannya di sekitar Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan mereka yang terlibat dengan lelaki berkenaan giat dijalankan.
Lelaki itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Batu Ferringhi
#Dadah
#Nigeria
#Syabu
#Thaiveegan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan