Polis akan merujuk Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan akses merakam kenyataan bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo, berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang kini ditahan di Thailand.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau dimaklumkan oleh rakan sejawatnya Jen Somyot Poopanmoung bahawa tiada temu bual boleh dilakukan sehingga warga Switzerland itu didakwa di mahkamah Thailand.
Katanya antara sebab yang diberikan ialah Justo belum didakwa di mahkamah dan sekiranya temu bual dibenarkan, ia boleh mengganggu proses pertuduhan.
"Justo seorang warga Swiss dan kesalahan dia dilakukan di Thailand. Sebab itu tidak mudah untuk menyoal siasat dia. Dalam kes ini kita memerlukan peruntukan undang-undang untuk menemu bual Justo.
"Kerajaan Swiss turut membangkitkan perhatian terhadap rakyatnya ... jadi pihak berkuasa Thai juga perlu berhati-hati dalam aspek ini," katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Khalid berkata pihak berkuasa Thailand memerlukan sedikit masa bagi melengkapkan siasatan termasuk merujuk aspek undang-undang, antaranya bagi melihat kemungkinan polis dibenarkan menemu bual Justo.
"Jadi, kita juga akan berbincang dengan Peguam Negara terutamanya dalam aspek perundangan bagi mendapatkan akses bertemu Justo sekiranya usaha polis dengan polis tidak berjaya," katanya.
Berhubung pertemuannya dengan Somyot, Khalid berkata rakan sejawatnya itu memberikan kerjasama penuh dengan berkongsi maklumat tertentu bagi membantu polis Malaysia merancang siasatan di sini.
Mengenai laporan The Straits Times Singapura yang dikatakan berjaya menemu bual Justo di Thailand, Khalid berkata beliau tidak pasti bagaimana perkara itu dilakukan.
"Saya diberitahu tiada pihak dibenarkan merakam percakapan Jusco tetapi saya tak pasti sama ada arahan itu turut melibatkan media," katanya.
Justo ditahan pihak berkuasa Thailand pada 22 Jun lalu atas tuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya sehingga 2.5 juta Swiss Franc (RM10 juta) dan mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat jika tuntutannya tidak dipenuhi.
Bernama
Fri Jul 24 2015
KHALID: Tiada temu bual boleh dilakukan sehingga warga Switzerland itu didakwa di mahkamah Thailand. - Gambar Fail
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Pantau Belanjawan: Akta - Kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dilindungi?
Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Apakah realiti sektor hartanah di Malaysia dan bagaimana pelaksanaan Akta ini dapat melindungi kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah? Kupasan lanjut bersama Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak.
Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
AWANI Ringkas: Pesawat Garuda mendarat cemas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
Pesawat Garuda lakukan pendaratan kecemasan selepas enjin terbakar
Sebuah pesawat jet membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas semalam akibat kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda, Indonesia.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong
Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Lawrence Wong atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri keempat Singapura.
Wong yang secara rasmi memegang jawatan itu setelah mengangkat sumpah di Istana, Singapura pada Rabu malam telah menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wong yang secara rasmi memegang jawatan itu setelah mengangkat sumpah di Istana, Singapura pada Rabu malam telah menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.