Pihak polis telah merakamkan percakapan sembilan orang saksi berkaitan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, minggu lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata pihak polis juga sedang dalam usaha untuk merekodkan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung kes itu namun difahamkan Musa tidak berada di Kota Kinabalu ketika ini.
Katanya, laporan siasatan kes berkenaan telah hampir siap namun beberapa perkara lagi perlu dilengkapkan termasuk merekodkan kenyataan Musa.
Apabila siap kelak, laporan berkenaan akan diserahkan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
BACA: Tun Juhar buat laporan polis terhadap Musa Aman
"Polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan setakat ini seramai sembilan orang saksi telah direkodkan percakapan.
"Kita juga sedang dalam usaha untuk merekodkan kenyataan Tan Sri Musa tetapi ketika ini difahamkan beliau tidak berada di Kota Kinabalu," katanya ketika ditemui media sempena Program Pengagihan Kuih Raya kepada Agensi Keselamatan Sabah di, Auditorium Menara Tun Mustapha, hari ini.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan ugutan jenayah dan setakat ini tidak ada waran yang dikeluarkan berhubung kes itu.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ketua-ketua pasukan keselamatan negeri serta anggota keselamatan negeri.
BACA: Musa Aman fail writ mohon pengisytiharan beliau Ketua Menteri Sabah yang sah
BACA: Shafie serah kepada mahkamah kes saman Musa Aman
Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Mohd Shafie menegaskan akan mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak di negeri ini.
Beliau berkata, Sabah merupakan negeri yang mempunyai ladang kelapa sawit yang terbesar di negara ini, namun masalah kekurangan bekalan minyak masak sering terjadi disebabkan kekurangan kilang memproses buah kelapa sawit di sini.
"Saya nak pastikan sedikit masa lagi, masalah ini akan diselesaikan. Kita lihat Sabah mempunyai ladang kelapa sawit yang terbesar di Malaysia namun kilang memproses buah kelapa sawit ini amat terbatas malah kilang lebih banyak di Kuala Lumpur.
"Saya percaya jika kita dapat realisasikan perkara ini, Sabah akan menerima kesan positif yang seterusnya mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan di negeri ini," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Thu May 24 2018

RAMLI: Polis belum rekod kenyataan Musa kerana beliau tiada di Kota Kinabalu ketika ini. - BERNAMA/Fail

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

Harga minyak sawit diunjur lebih tinggi pada RM5,600 tahun ini, tetapi kenaikan kos membimbangkan
CGS-CIMB Research menyemak unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) pada 2022 lebih tinggi kepada RM5,600 satu tan metrik berbanding RM4,100 satu tan metrik sebelum ini.

Malaysia mampu isi jurang eksport minyak sawit ditinggalkan Indonesia - Zuraida
Keyakinan itu berdasarkan beberapa faktor, antaranya kemasukan 32,000 pekerja asing untuk sektor perladangan.

Kenaikan harga minyak sawit: Kerajaan perlu semak dasar termasuk subsidi- Penganalisis ekonomi
Kerajaan perlu meneliti atau membuat semakan kepada dasar-dasar sedia ada susulan jangkaan kenaikan harga sawit global yang memberi kesan kepada harga minyak masak dalam negara.

Tujuh leka main judi belangkas ditahan dalam ladang sawit
Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pahang setuju lupus 80 peratus hutang tanam semula 194 peserta PKPP
Cadangan pelupusan itu telah dipersetujui Lembaga Pengarah PKPP selain majoriti peserta turut menyatakan persetujuan pada sesi perjumpaan yang diadakan sebelum ini.

300,000 buku 'Mari Kenali Sawit' diedar di sekolah kerajaan, swasta terpilih
Penerbitan buku tersebut adalah mengenai fakta kelapa sawit yang betul.

Krisis Rusia-Ukraine beri ruang promosi minyak sawit Malaysia di peringkat global - Zuraida
Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata krisis itu menyebabkan berlakunya kekangan bekalan minyak masak dunia.

MPOB, UPSI kongsi kepakaran penyelidikan dalam bioteknologi
Perjanjian itu dijangka memberi kesan positif kepada UPSI, MPOB dan industri minyak sawit Malaysia.

Pensijilan MSPO 2022 ganti MSPO 2013, hapus prejudis minyak sawit barat
Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) 2022 dilancarkan bagi menghapuskan prejudis antiminyak sawit oleh negara-negara barat terhadap mutu produk dan pengurusan ladang kelapa sawit Malaysia.

Pekerja ladang mengaku tidak bersalah bunuh dua wanita Indonesia
Seorang pekerja ladang kelapa sawit hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh dua wanita warga Indonesia.