awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton

Bernama
Bernama
13/12/2017
20:49 MYT
Polis sah penganjur tiada lesen penganjuran acara maraton
Seorang parah manakala dua lagi pelari cedera ringan selepas dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang pada 10 Disember 2017. - Gambar Fail
Polis mengesahkan penganjur acara Klang City International Marathon 2017, Ahad lalu, tidak memiliki lesen penganjuran larian itu daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata ia hasil siasatan pihaknya terhadap penganjur, Earth Runners Int Group Sdn Bhd, susulan laporan yang dibuat oleh Penolong Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada hari sama acara itu berlangsung.
Menurutnya, lelaki berkenaan dalam laporan tersebut memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan oleh PJS mengenai satu kemalangan melibatkan tiga peserta acara larian di Batu 2, Jalan Kapar-Klang, pada jam 4.30 pagi.
"Susulan laporan itu, semakan mendapati acara yang dianjurkan oleh syarikat berkenaan, tiada dan gagal memohon lesen daripada Pesuruhjaya Sukan untuk menganjurkan kejohanan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah mengawal, bukan menghukum
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Pembangunan Sukan 1997.
Acara marathon itu bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Pandamaran Klang.
Dalam kejadian itu, Evelyn Ang Gek Suan, 44, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan rahang, manakala dua lagi pelari, Ahmad Hadafi Jus, 44, dan Amiruddin Hamid, 37, hanya cedera ringan di bahagian kaki selepas dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Klang City International Marathon
#lesen
#penganjur
#Pesuruhjaya Sukan
#Shamsul Amar Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan