awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sah terima maklumat ancaman keselamatan Psy

Bernama
Bernama
14/02/2013
11:59 MYT
Polis sah terima maklumat ancaman keselamatan Psy
Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap penyanyi sensasi Korea Selatan Park Jae Sang atau dikenali sebagai Psy semasa kedatangannya ke negeri ini, Isnin lepas.
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selepas menerima maklumat tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini.
"Kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas. Pada 12 Feb pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Abdul Rahim mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul 'yee sang' pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.
Teng berkata perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style' itu enggan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggaul 'yee sang' pada acara berkenaan.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#polis
#PSY
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan