IPOH: Polis Perak mengesahkan seorang pengguna akaun Facebook ‘Apit Wan Lebo’ telah ditahan malam tadi bagi membantu siasatan susulan videonya yang mengkritik kerajaan berhubung perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara tular baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata individu berkenaan telah ditahan pada jam 11 malam selepas dia menghadirkan diri ke Balai Polis Batu Gajah.
Katanya polis mengambil masa lebih sejam merakam percakapannya sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis.
"Perkataan yang digunakan berbaur lucah. Bab dia mengkritik kerajaan dan sebagainya itu satu isu, tapi dia menggunakan perkataan-perkataan yang berbaur lucah. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau perlaksanaan Projek Rintis Penambahbaikan Sekatan Jalan Raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Ipoh Utara dekat sini pada Selasa.
Dalam pada itu Mior Faridalathrash berkata pihaknya akan merujuk kertas siasatan tersebut kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu sebuah video berdurasi sekitar 4 minit yang dimuat naik di akaun Facebook 'Apit Wan Lebo' telah tular sejak beberapa hari lalu.
Individu dalam video tersebut didakwa telah mengkritik perlaksanaan PKP serta golongan kenamaan di negara ini.
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 11 2021

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata individu berkenaan telah ditahan pada jam 11 malam selepas dia menghadirkan diri ke Balai Polis Batu Gajah. - Gambar fail

Bekas Setiausaha Bahagian, Jabatan Perdana Menteri didakwa salah guna RM200,000
Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyalahgunakan peruntukan RM200,000.

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di daerah ini cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.
Dua lelaki ditahan cuba seludup keluar lebih 300 haiwan eksotik
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM460,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lepas.
Kereta terjunam dalam parit, dua saudara maut
Seorang lelaki warga emas dan jirannya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Bernam Batu 10, Tanjung Karang, Kuala Selangor, pada Jumaat.

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis
Seorang pempengaruh ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak membawa sebarang senarai 'chai' dalam proses pemilihan PKR, sebaliknya meneliti setiap calon scara adil dan saksama.

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun
Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Apit Wan Lebo didakwa hantar komunikasi jelik
Dia didakwa telah secara sedar membuat penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Polis Perak perjelas Ops 'jaga tol'
Pelaksanaan operasi itu akan menempatkan anggota polis di setiap plaza tol hala masuk untuk membuat pemeriksaan dan memantau kadar bayaran tol.

Polis sahkan 'Apit Wan Lebo' ditahan semalam
Individu berkenaan telah ditahan pada jam 11 malam selepas dia menghadirkan diri ke Balai Polis Batu Gajah.