awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan cinta tak berbalas punca dua beranak dibunuh

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/11/2024
06:53 MYT
Polis sahkan cinta tak berbalas punca dua beranak dibunuh
Dalam kejadian tengah hari Khamis, Siti Zulaila dan bapanya Zulkifli maut ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki dipangsapuri berkenaan. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Polis mengesahkan cinta tidak berbalas menjadi punca seorang wanita dan bapanya maut dibunuh seorang lelaki di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam Khamis lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan mendapati suspek, lelaki berusia 32 tahun itu menaruh perasaan terhadap mangsa berusia 30 tahun.
“Suspek mengenali mangsa sejak 2023 dan menaruh perasaan terhadap mangsa, bagaimanapun mangsa tidak berminat dengan suspek.
“Berang dengan penolakan tersebut, suspek dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluaga mangsa di kediaman mereka sebelum kejadian itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Dua beranak maut akibat tikaman di dada dan perut
Sementara itu, ditanya sama ada suspek positif dadah, Swee Sake berkata, pihaknya masih menunggu laporan ujian darah.
Hasil semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Dalam kejadian tengah hari Khamis, Siti Zulaila dan bapanya Zulkifli Ibrahim maut ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki dipangsapuri berkenaan.
Ketika kejadian, mangsa yang baru pulang dari tempat kerja ditikam suspek yang kemudian turut menikam bapa mangsa yang cuba meleraikan pertengkaran antara mereka.
Suspek kemudian bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dia dikejarkan ke HPP untuk rawatan lanjut.
Suspek direman selama tujuh hari hingga 14 November (Khamis) depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jenazah dua beranak itu selamat dikebumilan bersama dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong selepas solat Isyak kira- kira jam 10 malam Jumaat lepas.
Topic Berkaitan
#kes bunuh dua beranak
#tikam dua beranak
#pulau pinang
#motif pembunuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan