awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
Wanita warga emas maut dalam kebakaran rumah di Kota Bharu
Pelarasan jadual bas elektrik tingkatkan pengalaman pelancong ke Semenggoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan kematian kanak-kanak autistik di taman tasik rekreasi tiada unsur jenayah

Bernama
Bernama
28/02/2024
16:01 MYT
Polis sahkan kematian kanak-kanak autistik di taman tasik rekreasi tiada unsur jenayah
Shahrulnizam berkata hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati tiada kesan kecederaan atau penderaan pada anggota badan mangsa yang berusia lima tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes kematian seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di sebuah taman tasik rekreasi di Sea Park, Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini mendapati tiada kesan kecederaan atau penderaan pada anggota badan mangsa yang berusia lima tahun.
"Doktor mengklasifikasikan punca kematian mangsa adalah mati lemas dan siasatan di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun Shahrulnizam berkata pihaknya meneruskan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian oleh penjaga.
Shahrulnizam berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa yang juga merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) autisme kira-kira 6.30 petang semalam.
Beliau berkata mangsa dikatakan hilang ketika bermain di kawasan rekreasi terbabit bersama kembarnya sementara bapa mangsa didakwa tertidur semasa sedang memerhatikan anaknya.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya ditemukan terapung di permukaan tasik iaitu kira-kira empat meter dari tebing tasik pada 6.50 petang oleh orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#unsur jenayah
#bedah siasat
#kematian mengejut
#kesan kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan