awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN, JPN jamin proses MyPR, kewarganegaraan berlandaskan undang-undang
Angka korban tanah runtuh Bandung Barat meningkat kepada 16 orang
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas maut dalam kebakaran rumah di Kota Bharu

Bernama
Bernama
25/01/2026
14:15 MYT
Wanita warga emas maut dalam kebakaran rumah di Kota Bharu
Seorang wanita warga emas berusia 89 tahun maut selepas kediamannya musnah hampir sepenuhnya dalam satu kebakaran berhampiran Jalan Tok Guru, petang tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas berusia 89 tahun maut selepas kediamannya musnah hampir sepenuhnya dalam satu kebakaran berhampiran Jalan Tok Guru, di sini petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Satyuti Satar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui Sistem NG999 pada 5.58 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata jentera bomba tiba pada 6.01 petang dengan kekuatan 27 anggota dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis sementara berkeluasan kira 5x5 meter persegi dengan kemusnahan dianggarkan 98 peratus.
"Kebakaran itu mengakibatkan seorang mangsa perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita hari ini.
Satyuti berkata pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada balai bomba berhampiran bagi memastikan kebakaran dapat dikawal dengan segera.
Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, seorang saksi Anis Sutrliati Mohamad, 46, berkata ketika kejadian dia bersama sepupunya sedang minum petang di rumah yang terletak kira-kira 20 meter dari kediaman warga emas tersebut.
Beliau berkata terdengar bunyi seakan-akan objek jatuh sebelum melihat mangsa melambai tangan sambil menjerit meminta pertolongan.
"Api sedang marak ketika itu dan saya ternampak mangsa terjatuh ke bahagian bawah rumah. Saya tidak dapat membantu kerana haba terlalu panas dan terus menghubungi pihak bomba," katanya yang telah lama mengenali mangsa.
Anis berkata warga emas tersebut sudah uzur serta mengalami kesukaran untuk berjalan dan melihat dengan jelas.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Jalan Tok Guru
#warga emas
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan