Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis

Abu Bakar berkata pesta yang dianjurkan kali pertama itu juga acara pembuka tirai kepada Kalendar Acara Pelancongan Perlis 2026 sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2026. - Gambar Bernama
KANGAR: Pesta Sauk Sotong Perlis 2026 yang berlangsung dua hari bermula semalam berpotensi menjadi produk pelancongan baharu sekali gus memperkukuh sektor pelancongan negeri.
Ringkasan AI
- Pesta Sauk Sotong Perlis 2026 berpotensi menjadi produk pelancongan baharu yang memperkukuh sektor pelancongan negeri dengan penyertaan hampir 100 peserta dan lebih 50 bot nelayan.
- Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, menyatakan bahawa pesta ini turut menjadi acara pembuka tirai kepada Kalendar Acara Pelancongan Perlis 2026 sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2026.
- Pesta tersebut tidak hanya acara rekreasi, tetapi menjadi platform untuk mempromosikan warisan kehidupan pesisir pantai, budaya komuniti nelayan, dan keindahan alam semula jadi Perlis yang akan diteruskan secara tahunan.
Abu Bakar berkata penganjuran pesta itu akan diteruskan secara tahunan kerana ia bukan sekadar acara rekreasi, tetapi menjadi platform mempromosikan warisan kehidupan pesisir pantai, budaya komuniti nelayan dan keindahan alam semula jadi Perlis.
"Walaupun penganjuran sulung ini mempunyai beberapa kekangan termasuk dari segi promosi, sambutan diterima amat menggalakkan dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mampu berkembang sebagai tarikan pelancongan bermusim," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


