awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan siasat kenyataan Hadi Awang berhubung kuasa Lembaga Pengampunan

Bernama
Bernama
28/08/2023
07:37 MYT
Polis sahkan siasat kenyataan Hadi Awang berhubung kuasa Lembaga Pengampunan
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan telah menyiasat kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, dua hari lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
"Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu 3R iaitu institusi diraja, agama dan kaum demi menjaga dan mengekalkan ketenteraman awam.
"Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di media sosial "X" (dulu dikenali sebagai Twitter) hari ini mengesahkan Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.
Dua hari lepas, Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri, dipercayai telah menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#siasatan polis
#Bukit Aman
#lembaga pengampunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan