awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis saran pemilik premis komersial guna CCTV berkualiti

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/09/2015
10:45 MYT
Polis saran pemilik premis komersial guna CCTV berkualiti
Penggunaan CCTV yang tidak berkualiti hanya membawa banyak kerugian kepada pihak terlibat. - Gambar Fail
Polis Diraja Malaysia, PDRM menyarankan pemilik premis komersial dan kedai emas menggunakan Kamera Litar Tertutup, CCTV yang berdefinisi tinggi bagi memudahkan siasatan sebarang kejadian dilakukan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata, ia berikutan penggunaan CCTV yang tidak berkualiti hanya membawa banyak kerugian kepada pihak terlibat.
"Kita menyeru semua pihak seperti kedai emas contohnya atau premis komersial guna CCTV berdefinisi tinggi untuk membantu polis melakukan siasatan," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan IFSEC Southeast Asia di ibu negara.
Khalid mengakui harga CCTV berdefinisi tinggi yang berada di pasaran adalah mahal, namun ia disifatkan keperluan penting demi keselamatan pengguna.
"Kalau guna definisi rendah tidak bawa keuntungan. Memang kos tinggi harganya, tetapi sekarang semua masih mampu memilikinya."
Dalam pada itu katanya, PDRM akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan berhubung penggunaan teknologi baru dalam badan itu bagi membantu siasatan yang lebih berkesan.
Jelasnya, teknologi baru itu termasuk penambahbaikan sistem CCTV dan sistem pengesanan nombor plat kenderaan.
"PDRM mahu menjadi sebuah pasukan yang moden jadi sudah pasti bantuan daripada industri keselamatan ini memberi bantuan kepada teknologi.
"Pada zaman era teknologi ini, dalam menjalankan tugas, norm technology tidak lagi terpakai," katanya.
Topic Berkaitan
#CCTV
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan