awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jay Vine juara Tour Down Under walaupun terlibat kemalangan akibat kanggaru
Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan
Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sarawak buru Inspektor disyaki tembak mati teman wanita

Hakim Rahman
Hakim Rahman
21/05/2017
14:25 MYT
Polis Sarawak buru Inspektor disyaki tembak mati teman wanita
Suspek yang bertugas di Balai Polis Belanga itu melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga sejurus menembak mangsa menggunakan pistol dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu.
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor diburu kerana disyaki menembak mati seorang wanita dipercayai teman wanitanya di Kampung Kakai, Serian.
Suspek yang bertugas di Balai Polis Belanga itu melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga sejurus menembak mangsa menggunakan pistol dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu.
Difahamkan suspek meluru masuk ke rumah mangsa yang ketika itu berada di dalam biliknya dan melepaskan satu das tembakan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya memfokuskan siasatan dari aspek peribadi antara suspek dan mangsa.
"Mangsa merupakan seorang janda, dan kami menganggapnya sebagai teman wanita kepada suspek kerana dalam rekod polis suspek masih bujang.
"Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek telah mengahwini mangsa secara rahsia," katanya kepada Astro AWANI.
Difahamkan usaha sedang digerakkan bagi mengesan suspek yang dikategorikan sebagai berbahaya kerana bersenjata api.
Malah, kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sarawak - Kalimantan Barat, Indonesia yang terletak berhampiran lokasi kejadian turur diperketatkan bagi mengelak suspek bolos ke negara jiran.
Topic Berkaitan
#inspektor
#Mazlan Mansor
#polis
#Serian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan