awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilaian asas tahun empat sokong reformasi pendidikan berasaskan data
[TERKINI] Isteri bekas PTD Salwani didakwa terima RM5,000 hasil aktiviti haram
Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lebih tujuh tahun didorong OPR dikekalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/01/2026
01:10 MYT
Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan
Seorang pekerja am maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM7.2, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik menghala ke pusat bandar Johor Bahru, pada Ahad. Foto CRJ/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang pekerja am maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 7.2, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik (EDL) menghala ke pusat bandar, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.30 petang melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC dengan lori.
“Mangsa berusia 26 tahun dipercayai sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC seorang diri menghala ke pusat bandar sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori yang diletakkan di tepi bahu jalan menyebabkan mangsa jatuh di tengah jalan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat kecederaan di kepala sementara pemandu lori warga tempatan berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Tambah Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi Balai Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hafiz Jaafar Mad Ariff di talian 017-5919208 bagi membantu siasatan.
“Polis turut menasihatkan kesemua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan patuhilah undang-undang jalan raya.
“Selain itu pastikan mendapat rehat secukupnya ketika memandu dan kenderaan berada dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan berlakunya kemalangan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Johor Bahru
#penunggang motosikal maut
#pekerja am maut
#Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan