awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Isteri bekas PTD Salwani didakwa terima RM5,000 hasil aktiviti haram
Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lebih tujuh tahun didorong OPR dikekalkan
IndiGo Airline batal penerbangan ke empat negara susulan 'perkembangan' di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg

Bernama
Bernama
26/01/2026
01:00 MYT
Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke kompleks yang kini berfungsi sebagai pusat pentadbiran bandar raya St Petersburg itu disambut oleh Gabenor St Petersburg Alexander Beglov. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat Kompleks Smolny, sebuah bangunan bersejarah penting di St Petersburg, Rusia semalam.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke kompleks yang kini berfungsi sebagai pusat pentadbiran bandar raya St Petersburg itu disambut oleh Gabenor St Petersburg Alexander Beglov.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri St Petersburg Evgeny Dmitrievich Grigoriev.
"Sultan Ibrahim turut berkenan melawat Smolny Bunker, iaitu kubu perlindungan bawah tanah yang terletak di bawah Kompleks Smolny dan dibina pada 1937, dengan diiringi Beglov," menurut hantaran itu.
Seusai lawatan, Seri Paduka Baginda diraikan dalam satu majlis santapan malam oleh Beglov yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.
Menurut hantaran sama, pada majlis santapan tersebut Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan tayangan video mengenai bandar raya St Petersburg.
Beglov turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai St Petersburg yang bukan sahaja menjadi antara destinasi pelancongan utama dunia, malah memiliki hampir 800 jambatan, 94 sungai dan kira-kira 200 muzium.
Seri Paduka Baginda tiba di St Petersburg bagi lawatan khas atas jemputan khas Presiden Rusia Vladimir Putin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Kompleks Smolny
#bangunan bersejarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan