awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sarawak tumpaskan sabung ayam siber

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
19/08/2017
12:06 MYT
Polis Sarawak tumpaskan sabung ayam siber
Aktiviti itu terbongkar apabila satu serbuan dilakukan sekitar jam 8.30 malam semalam oleh sepasukan anggota siasatan jenayah negeri.- Foto Astro AWANI/Rudi Affendi Halik
Polis Sarawak mengesan aktiviti sabung ayam siber, yang menjadi aktiviti terbaharu golongan tahi judi di bandar raya ini.
Aktiviti itu terbongkar apabila satu serbuan dilakukan sekitar jam 8.30 malam semalam oleh sepasukan anggota siasatan jenayah negeri yang diketuai Asisten Superintendan Shuib Abdul Samat terhadap sebuah premis di tingkat dua, sebuah rumah kedai di Pusat Komersial Hui Sing di Jalan Stampin di sini.
Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, ketika memasuki premis berkenaan, anggotanya melihat sekumpulan lelaki dan wanita sedang khusyuk dengan aktiviti sabung ayam siber ini, dengan pertarungan sedang berlaku secara langsung dan ditayangkan melalui striming dari luar negara.
"Seramai 12 suspek kaki judi yang berusia di antara 34 dan 64 tahun telah dicekup, termasuk dua wanita dan seorang lelaki dipercayai pengurus premis yang berusia 52 tahun.
"Antara eksibit yang disita termasuklah dua unit komputer riba, satu unit komputer, dua set televisyen, peralatan Wifi dan wang tunai berjumlah RM194.
Pengurus premis kata Dev, telah ditahan reman selama tiga hari sehingga sebutan kes pada 22 Ogos depan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Topic Berkaitan
#polis
#sabung ayam siber
#Sarawak
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan