awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sedang kesan dua suspek kes culik

Bernama
Bernama
31/01/2025
16:05 MYT
Polis sedang kesan dua suspek kes culik
Polis sedang giat mengesan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes penculikan di kawasan Bertam Perdana pada tahun 2018. - Foto hiasan/@bernamadotcom
KEPALA BATAS: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes penculikan di kawasan Bertam Perdana di sini pada tahun 2018.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata kedua-dua suspek yang masih bebas itu dikenali sebagai Haslaili Abdul Aziz, 44, dan Mohd Aliff Idris, 41.
"Pihak polis telah menerima satu perintah daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk mengesan dan menangkap kedua-dua suspek yang masih bebas. Waran tangkap telah dikeluarkan pada 26 Sept 2024," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, Anuar memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek itu diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 011-6331 9773 atau 04-5762 222 (sambungan 2265).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis kesan
#suspek kes culik
#Bertam Perdana
#Polis Daerah Seberang Perai Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan