NATIONAL
Polis sedang lengkapkan siasatan dakwaan serangan babitkan kerabat diraja

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan kerana merusuh.
RAUB: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan semula kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya, berhubung dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang kuda di Kuantan, di sini, dalam kejadian pada Jun.
Ringkasan AI
- Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan serangan oleh kerabat diraja Pahang dan beberapa individu terhadap seorang lelaki di kandang kuda di Kuantan pada Jun. Kertas siasatan akan diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah dilengkapkan.
- Beberapa individu telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis. Saksi-saksi lain juga telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
- Mangsa, seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera di paha dan kaki akibat serangan tersebut, yang melibatkan penggunaan senjata. Mangsa menerima beberapa jahitan dan luka.
Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan kerana merusuh.
Media hari ini melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata.
Akibat serangan itu, lelaki itu dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami