MALAYSIA
Polis sekat pasport sami warga India didakwa cabul pelakon

Norhizam berkata, tindakan segera itu diambil bagi mengelakkan suspek daripada melarikan diri ke luar negara. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Polis menyekat pasport seorang sami warga India yang disyaki mencabul seorang pelakon tempatan dalam kejadian sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Polis sekat pasport sami India susulan dakwaan cabul: Suspek disyaki mencabul pelakon tempatan di kuil Bandar Baru Salak Tinggi; pasport disekat bagi mengelak pelarian ke luar negara dan siasatan giat dijalankan.
- Mangsa dedah insiden melalui Instagram, siasatan dimulakan: Pelakon berusia 27 tahun mendakwa dicabul selepas disiram air sembahyang oleh sami sementara; laporan polis dibuat pada 4 Julai dan sembilan individu telah dirakam keterangan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan: Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun, denda, sebatan atau gabungan dua hukuman tersebut.
Menurut Norhizam , setakat ini polis sudah merakam keterangan daripada sembilan individu termasuk pihak pengurusan kuil terbabit bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Insiden itu mula tular sejak Isnin lalu selepas mangsa, seorang pelakon berusia 27 tahun, mendedahkan pengalamannya menerusi akaun Instagram miliknya.
Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 21 Jun lalu ketika dia berkunjung ke kuil berkenaan seorang diri kerana ibunya berada di India ketika itu.
Menurutnya, dia diajak suspek masuk ke pejabat kuil sebelum lelaki itu merenjiskan air sembahyang ke wajahnya yang didakwa bertujuan untuk penyucian diri dan bertindak mencabulnya.
Suspek merupakan sami sementara yang menggantikan sami tetap kuil berkenaan yang kini berada di luar negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami