GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menyelamatkan dua beradik masing-masing berusia tiga dan lima tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan nenek saudaranya hari ini.
Kanak-kanak tersebut diselamatkan sepasukan polis yang melakukan serbuan di rumah flat di Air Itam, Pulau Pinang pada jam 11.15 pagi tadi.
Susulan itu, dua wanita tempatan berusia 28 dan 52 tahun itu masing-masing ibu dan nenek saudara kepada kanak-kanak berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan kes terbabit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan yang melihat satu hantaran di Facebook (FB) yang menunjukkan foto dua kanak-kanak sedang makan di restoran dengan kesan kecederaan di muka.
Lelaki itu yang mengesyaki kanak-kanak itu menjadi mangsa dera, telah tampil membuat laporan di Balai Polis Air Itam.
"Bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sebuah rumah flat di kawasan Air Itam pada jam 11.15 pagi tadi.
"Dalam serbuan itu, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan perempuan berusia lima tahun diselamatkan manakala dua wanita terbabit ditahan," katanya hari ini.
Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa menemukan kesan luka dan lebam di bahagian muka serta badan disyaki akibat penderaan.
Soffian berkata, kedua-dua kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Soffian meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Timur Laut di talian 04-2181822 atau tampil ke balai polis berhampiran.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri May 27 2022

Polis menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan yang melihat satu hantaran di Facebook (FB) yang menunjukkan foto dua kanak-kanak sedang makan di restoran dengan kesan kecederaan di muka. - Foto ihsan pembaca

Kesihatan | Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya catat masalah bantut
Kerajaan mensasarkan masalah bantut rakyat Malaysia dapat dikurangkan kepada 8 peratus menjelang tahun 2030. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, negara kini sedang berdepan beban berganda malpemakanan terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan dewasa.

Masalah bantut | Isu akses harga protein dan susu juga dibincangkan - Khairy
Jelas Khairy Jamaluddin, jawatankuasa khas yang diwujudkan itu juga akan membincangkan serta memberi syor. Terutama mengenai akses harga sumber protein kepada kanak-kanak.

KKM | Sentiasa beri garis panduan taska dan tadika - Khairy
Khairy turut menjelaskan Kementerian Kesihatan menyediakan garis panduan makanan bagi setiap tadika berdaftar di negara ini. Ujarnya, menjadi kebimbangan sekiranya ada tadika yang tidak berdaftar dan tidak mengikut pemakanan yang sesuai.

JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan JDT.

Gempur sarang dadah di PPR, polis berkas 229 penagih, pengedar
Operasi itu dijalankan oleh PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan dari 21 Jun hingga 23 Jun.

WUF11 | Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar
Krisis kekurangan bekalan makanan yang sedang dihadapi hari ini mungkin dapat diselesaikan dengan lebih baik sekiranya isu perbandaran diselesaikan secara menyeluruh dan berintegrasi. #WUF11 #AWANIxWUF

'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.

Pengurangan kemudaratan, langkah terbaik rawat ketagihan nikotin
Sejak diperkenalkan, penggunaan methadone terbukti berkesan apabila kes jangkitan HIV membabitkan pengguna dadah secara suntikan (IDU) mencatatkan penurunan signifikan.

Selesaikan dahulu isu 'perut rakyat', baru fikir pilihan raya - Shamsul Amri
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk pilihan raya apatah lagi dalam keadaan rakyat berdepan pelbagai masalah termasuk isu harga barang.

Inflasi | SME turut terkesan, terpaksa naikkan harga
Golongan SME tidak terkecuali daripada terkena tempias daripada keadaan inflasi yang melanda seluruh negara. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel wong berkata, pengusaha SME tiada pilihan dan terpaksa menaikkan harga jualan sekaligu akan membebankan pengguna.

Polis selamatkan dua beradik disyaki mangsa dera, tahan ibu dan nenek saudara
Polis Pulau Pinang menyelamatkan dua beradik masing-masing berusia tiga dan lima tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan nenek saudaranya hari ini.