awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Selangor 'tegur' anak buah melalui lagu

Hakim Rahman
Hakim Rahman
27/12/2017
13:53 MYT
Polis Selangor 'tegur' anak buah melalui lagu
Idea untuk menggunakan pendekatan berbeza itu dicetuskan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor untuk ditayangkan pada program Selangor Cops Got Talent dan Perkepfest yang berlangsung Selasa lalu. - Foto AstroAWANI
Sebagai penguat kuasa undang-undang, tugas yang dijalankan perlu dilaksana dengan penuh amanah dan berintegriti pada setiap masa.
Bagi pegawai dan anggota yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dan keamanan, mereka merupakan wajah kepada institusi kepolisan dalam memberi khidmat cemerlang kepada masyarakat.
Untuk itu, Polis Selangor menampilkan pendekatan berbeza iaitu melalui video muzik bagi mengingatkan pegawai dan anggotanya agar melaksanakan tanggungjawab tersebut kepada masyarakat.
Ketua Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata walaupun liriknya ringkas dengan muzik ringan, namun maknanya mendalam bagi warga polis dalam menjalankan tugas memberi khidmat kepada masyarakat.
"Biasanya teguran dibuat secara langsung tetapi kami menggunakan pendekatan yang lebih santai melalui video muzik dengan harapan minda bawah sedar mereka akan mengingati bait-bait lagu yang disampaikan dalam video musik berkenaan.
"Video ringkas ini telah dihasilkan sejak minggu lalu di mana lirik lagu ini telah diubah menerusi lagu asal ‘Aku Budak Kampung’ nyanyian Ramsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, idea untuk menggunakan pendekatan berbeza itu dicetuskan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor untuk ditayangkan pada program Selangor Cops Got Talent dan Perkepfest yang berlangsung Selasa lalu.
Lirik "Aku Memang Polis" ---------------------- Kita ini kerja jadi polis Betul cakap kita memang polis Sendiri mahu kerja tiada siapa paksa Memang kita suka.
Dulunya panggil mata-mata Sekarang panggil polis saja Kerja demi negara tidak mengira masa Memang kita suka.
Bila kerja jangan suka menengking Buat perangai macam orang samseng pantang lepa kau mula memonteng Nanti KP boleh jadi pening.
Masa kerja jangan suka membohong Nanti kau boleh kena lambung kemas barang masuk dalam tong Balik kampung engkau tanam jagung.
Ingatlah wahai kita semua Kita kerja untuk keluarga Integriti dijaga Maruah jangan dilupa Semoga hidup bahagia.
Topic Berkaitan
#anak
#integriti
#keluarga
#PDRM
#pendekatan berbeza
#Perkep
#polis
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan