SHAH ALAM: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah susulan penahanan lima lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM20.56 juta, hasil beberapa serbuan di sekitar Selangor pada 13 dan 15 Sept lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata bagi penahanan sindiket pertama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor bersama JSJN Bukit Aman menjalankan operasi bermula 6.45 petang 13 Sept dan menahan dua lelaki di sekitar Ampang dan Puchong.
"Dipandu oleh kedua lelaki berkenaan, pihaknya pada 9.15 malam menyerbu sebuah kediaman di Sri Damansara serta menahan seorang lelaki dan menemukan 112 ketulan mampat disyaki heroin base dengan anggaran berat 43.48 kilogram (kg) dan 89,500 biji pil Eramin 5 dengan anggaran berat 27.2kg," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Bagi penahanan sindiket kedua, Arjunaidi berkata hasil kerjasama antara JSJN Selangor, JSJN Johor dan JSJN Negeri Sembilan, pihaknya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah di sebuah rumah di Damansara Perdana, Petaling Jaya serta menahan dua lelaki tempatan pada 6.10 petang, 15 Sept lepas.
"Menerusi pemeriksaan dalam rumah tersebut, polis menemukan bahan disyaki dadah iaitu 355 bungkusan heroin base dengan anggaran berat 134.19kg; 54 bungkusan methampetamine (59.04kg); 20 ketulan mampat daun kering ganja (20kg); 15,830 biji pil Eramin 5 (4.56kg); tujuh bungkusan pil ekstasi (3.19 kg) dan enam bungkusan kafein (6.12kg).
"Turut dirampas barang-barang bagi memproses dadah antaranya lapan balang kaca mengandungi cecair disyaki dadah dianggarkan seberat lapan liter, sebuah mesin memproses dadah dan corong besi," katanya.
Secara keseluruhan, Arjunaidi berkata dianggarkan sekitar 299.33kg dadah bernilai RM20.56 juta dirampas daripada kedua-dua sindiket berkenaan selain turut menyita dua kereta, lima motosikal dan wang tunai berjumlah RM152,001.
Kesemua suspek berusia berusia 23 hingga 35 tahun kini direman tujuh hari, sehari selepas ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan mesin memproses dadah yang dirampas ketika sidang media di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah
Lima sekawan yang aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah ditahan, selain pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta dirampas di Pulau Pinang.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
JSJN tumpas 193 sindiket dadah, tahan 612 ahli sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan 193 sindiket dadah dan menahan 612 ahli dalam tempoh Januari hingga September lepas.
Polis rampas dadah bernilai hampir RM900,000 disorok di apartmen
Polis merampas dadah berjumlah RM895,662 di sebuah apartmen di Batu Pahat yang dijadikan stor serta pusat pembungkusan sebelum diedarkan ke seluruh Johor.
Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 107 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering seberat 111,663.51 gram disyaki ganja.
JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah bernilai RM64.9 juta bagi tempoh Mac hingga Mei pada tahun ini.
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.
Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas
Polis merampas dadah bernilai RM13.5 juta selepas menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Puchong.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.