awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serah kertas siasatan isu jenaka 'ham' kepada Pejabat Peguam Negara esok

Bernama
Bernama
27/01/2025
12:06 MYT
Polis serah kertas siasatan isu jenaka 'ham' kepada Pejabat Peguam Negara esok
RAZARUDIN: Sebanyak 21 soalan telah diajukan kepada suspek yang juga pesara jururawat dan beliau mengaku telah memuat naik komen seperti yang disiasat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu jenaka 'ham' yang didakwa menghina agama Islam kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah selesai merakam keterangan daripada seorang lagi suspek, seorang wanita berusia 64 tahun yang dipercayai meninggalkan komen kontroversi di akaun Facebook milik seorang pelawak dan pelakon, baru-baru ini.
"Sebanyak 21 soalan telah diajukan kepada suspek yang juga pesara jururawat dan beliau mengaku telah memuat naik komen seperti yang disiasat.
"Suspek menyatakan tujuan menulis komen tersebut adalah sebagai reaksi balas terhadap hantaran pelawak dan pelakon itu yang keliru dengan perkataan 'ham'. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad SIM Maxis," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Jumaat lepas, polis telah mengambil keterangan seorang pelawak dan pelakon berusia 54 tahun yang memuat naik hantaran dan sekeping gambar menunjukkan segelas kopi bernama ham sap kopi berharga RM5.50.
Pelakon itu didakwa memuat naik hantaran tersebut ketika kontroversi status halal sandwich ham and cheese baru-baru ini yang dikatakan membuka ruang untuk mempersendakan agama Islam dan nama Nabi Muhammad SAW.
Setakat ini, sebanyak 16 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung isu itu dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#serah kertas siasatan
#isu jenaka Ham
#Pejabat Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan