NATIONAL
Polis serah tiga kertas siasatan kes doktor forensik tak senonoh

Polis telah menyerahkan tiga kertas siasatan berhubung kes doktor pakar forensik yang berkelakuan tidak senonoh kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan sedang menunggu arahan selanjutnya.
GEORGE TOWN: Polis telah menyerahkan tiga kertas siasatan berhubung kes seorang doktor pakar forensik yang berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Ringkasan AI
- Polis telah menyerahkan tiga kertas siasatan berhubung kes doktor pakar forensik yang berkelakuan tidak senonoh kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan sedang menunggu arahan selanjutnya.
- Suspek telah direman semula selepas tempoh reman keduanya tamat apabila seorang lagi mangsa membuat laporan polis.
- Polis Pulau Pinang mengeluarkan 478 permit menjual mercun dan bunga api sejak 1 Januari hingga 21 Mac, dengan lapan permohonan ditolak kerana pemohon mempunyai rekod lampau atau tiada kelulusan permit perniagaan.
"Buat ketika ini, kita sedang menunggu arahan selanjutnya daripada TPR untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Isnin.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, suspek yang baharu direman kerana berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang pesakit di sebuah hospital direman sekali lagi untuk membantu siasatan berhubung kes sama melibatkan seorang wanita lain di sebuah klinik di Pulau Tikus.
Dia bagaimanapun ditahan sekali lagi selepas tempoh reman keduanya tamat apabila seorang lagi mangsa membuat laporan polis pada 7 Mac lalu.
Penahanan semula suspek berusia 43 tahun itu dibuat untuk siasatan lanjut selain untuk melengkapkan kertas siasatan.
Terdahulu, seorang wanita warga asing tampil membuat laporan polis terhadap doktor pakar forensik tersebut kerana didakwa melakukan kelakuan tidak senonoh terhadapnya di sebuah hospital pada Februari lalu.
Mangsa yang berusia 25 tahun itu membuat laporan polis pada Jumaat, menjadikan dia mangsa ketiga yang membuat laporan terhadap doktor berkenaan.
Mangsa memaklumkan kejadian berlaku pada 20 Februari lalu pada jam 9.15 malam.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, Polis Pulau Pinang mengeluarkan 478 permit menjual mercun dan bunga api di negeri ini sejak 1 Januari hingga 21 Mac termasuk untuk jualan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.
Hamzah berkata, pihaknya menerima 486 permohonan namun lapan daripadanya ditolak kerana pemohon mempunyai rekod lampau dan tiada kelulusan permit perniagaan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang serta Majlis Bandaraya Seberang Perai. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami