SUBANG JAYA: Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menyerbu dua unit kondominium mewah di Subang Jaya yang dijadikan pusat panggilan.
Serbuan dilakukan melalui Op Dadu yang dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kira-kira jam 6 petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, polis menahan sembilan ahli sindiket berusia antara 19 hingga 25 tahun dalam serbuan itu.
Jelasnya dalam serbuan pertama, polis menahan tiga individu warga tempatan termasuk seorang wanita manakala enam individu warga tempatan termasuk tiga wanita ditahan dalam serbuan kedua.
Menurutnya, turut dirampas sembilan set komputer riba, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, dua set modem dan dua set router.
Siasatan mendapati sindiket berkenaan menjalankan judi dalam talian jenis jackpot, mahjong, judi bola dan roullette yang mensasarkan rakyat China sejak lima bulan lalu.
Risikan juga mendapati keuntungan bulanan sindiket berkenaan mencecah RM200,000 dan semua transaksi wang menggunakan sembilan akaun bank di China.
"Hasil siasatan awal, sindiket ini dipercayai menjadi pusat panggilan untuk tujuan mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian bagi pasaran China.
"Sindiket ini memperolehi keuntungan harian antara RM5,000 hingga RM7,000 dan ini boleh mencapai sehingga RM200,000 sebulan.
"Mereka ini bekerja secara syif iaitu antara 10 pagi sehingga 10 malam dan 10 malam sehingga 10 pagi," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) A, Seksyen 4 (1) (c) dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Kesemua suspek dibawa ke IPD Subang Jaya untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Wed May 19 2021
Siasatan mendapati sindiket berkenaan menjalankan judi dalam talian jenis jackpot, mahjong, judi bola dan roullette yang mensasarkan rakyat China sejak lima bulan lalu. - Astro AWANI
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Dua beradik warga asing dalang sindiket kutip derma diberkas di Ulu Tiram
Dua beradik yang berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Seri Alam.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Sindiket pengedaran, penjualan kad pemastautin tetap palsu tumpas, 13 individu ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan penahanan 13 individu.
Sindiket tawar kad pemastautin tetap palsu tumpas
Seramai 13 individu ditahan terdiri daripada enam warga tempatan dan tujuh warga asing berusia antara 27 hingga 44 tahun.
Pengurus syarikat rugi lebih RM500,000 terperdaya sindiket pelaburan saham
Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.
Polis tumpaskan sindiket edar ganja, tahan tiga termasuk seorang wanita
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran ganja selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita serta merampas hampir 26 kilogram (kg) dadah bernilai RM79,680.
Sindiket jual sijil cuti sakit palsu tumpas, enam individu ditahan
Polis tumpas sindiket yang dipercayai menjual sijil cuti sakit palsu susulan penahanan enam individu dalam tangkapan berasingan.