SHAH ALAM: Polis menyerbu sebuah kontena di Kampung Bukit Cerakah, Klang yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah haram dan menahan dua lelaki pada 30 Jan lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil serbuan pada 3 petang itu, polis merampas 440 gram ketulan kristal methamphetamine, 1.03 kilogram (kg) cecair methamphetamine dan 53.03kg serbuk ephedrine, pelbagai peralatan dan bahan kimia bagi tujuan penghasilan dadah.
"Kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang, serta seorang buruh lelaki warga asing berumur 37 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, direman tujuh hari sehingga 6 Feb," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata polis percaya aktiviti itu, berjalan lebih dua bulan di sebidang tanah yang mulanya disewa bagi tujuan memproses minyak namun terbengkalai, dan kontena itu telah digunakan untuk memproses dadah, selain tempat tersebut agak terlindung daripada penglihatan orang ramai.
"Soal bagaimana mereka mendapatkan bahan untuk memproses dadah dan bagaimana mereka belajar membuatnya itu masih dalam siasatan, dan kita percaya kontena itu berpindah randah berdasarkan peralatannya," katanya.
Hussein berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.
Dalam perkembangan lain, Hussein berkata bagi Ops Tapis Khas SeMalaysia yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor selama tiga hari bermula 29 Jan lepas, seramai 670 individu ditahan termasuk warga asing melalui 349 serbuan.
"Ops ini menggempur 193 lokasi yang dijadikan sarang penagihan dadah di kawasan Felda, Felcra, Projek Perumahan Rakyat dan jeti nelayan, selain seramai 42 tokan dadah dan 20 orang berstatus dikehendaki, berjaya ditahan," katanya.
Selain itu katanya, sebanyak 63.544kg dan 32 liter cecair pelbagai jenis dadah dirampas, dengan anggaran nilai RM868,163.
Hussein berkata turut dirampas selaras senapang angin buatan sendiri di daerah Klang Utara, yang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (tengah) menunjukkan 53,030 gram serbuk Ephidrine pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini. - Foto Bernama
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Polis serbu kontena dijadikan makmal proses dadah di Klang
Polis menyerbu sebuah kontena di Klang yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah haram dan menahan dua lelaki.