awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Prasarana rekod 1.54 juta perjalanan penumpang sempena ambang Tahun Baharu
MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat borang rentas negeri kosong sudah ditandatangani

Sinar Harian
Sinar Harian
08/04/2021
02:28 MYT
Polis siasat borang rentas negeri kosong sudah ditandatangani
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, borang rentas negeri itu adalah dari Balai Polis Chukai, namun berlaku penipuan pada tandatangan pegawai polis terbabit. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN : Polis membuka kertas siasatan berhubung isu borang rentas negeri kosong yang sudah ditandatangani dan dicop oleh pihak berkuasa berkenaan seperti tular di laman sosial sejak Rabu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, borang rentas negeri itu adalah dari Balai Polis Chukai, namun berlaku penipuan pada tandatangan pegawai polis terbabit, lapor Sinar Harian.
"Siasatan awal dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Hanyan, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).
Beliau berkata, borang rentas negeri itu diberikan kepada seorang wanita untuk ke Kuala Lumpur.
"Wanita ini mahu ke sana bagi menghadiri temu duga mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April," katanya.
Pada Rabu, tular kemas kini di media sosial berhubung borang rentas negeri kosong bertandatangan dan cop dari Balai Polis Chukai dengan ayat 'Dapat info terbaharu ialah 'approve' dulu baru isi 'form'.
Topic Berkaitan
#media sosial
#Kemaman
#siasatan
#laman sosial
#rentas negeri
#polis
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan