awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan anggota enggan terima laporan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
30/04/2023
14:02 MYT
Polis siasat dakwaan anggota enggan terima laporan
Polis sedang melakukan siasatan dalaman berhubung kenyataan seorang individu yang mendakwa seorang anggota polis enggan menerima laporan yang hendak dibuatnya menerusi satu video pendek TikTok. - Gambar hiasan/PDRM
IPOH: Polis sedang melakukan siasatan dalaman berhubung kenyataan seorang individu yang mendakwa seorang anggota polis enggan menerima laporan yang hendak dibuatnya menerusi satu video pendek TikTok.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihak polis tidak pernah dan tidak akan menghalang sesiapa pun untuk membuat sebarang laporan polis di mana-mana balai polis di seluruh negara.
“Walau bagaimanapun, pihak polis menyambut positif terhadap sebarang maklum balas yang diterima daripada rakyat dan dakwaan oleh individu dalam video tersebut telah dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan dalaman.
“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan video TikTok tersebut sehingga menjejaskan siasatan dalaman pihak polis mahupun mendatangkan kegusaran di kalangan ahli masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sebelum itu, satu video TikTok berdurasi 35 saat telah dimuat naik pemilik akaun Twitter ‘nanmanjoi8715’ yang memaparkan seorang lelaki mendakwa pihak polis enggan menerima laporan yang hendak dibuat olehnya untuk tujuan keselamatan di IPD Ipoh.
Dalam video TikTok asal yang dipercayai dimuat naik pengguna akaun ‘vikramnaidu4488’ itu, lelaki berkenaan berkata mahu membuat laporan berkenaan kerana sedang melakukan ‘aktiviti pelupusan’ poster tawaran pinjaman wang tidak berlesen atau ah long.
“Saya hendak buat laporan polis untuk tujuan keselamatan saya yang mana saya sudah mengoyakkan lebih 200 poster (ah long). Dan saya akan teruskan servis saya ini,” kata lelaki dalam video berkenaan.
Topic Berkaitan
#anggota enggan terima laporan
#Polis Daerah Ipoh
#siasatan
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan