KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, laporan polis dibuat Disember tahun lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Kesemua pihak yang terbabit sudah dipanggil merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.
"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi, pada Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017.
"Siasatan masih berjalan yang mana kertas siasatan dihantar ke Bukit Aman sebelum diarahkan meneruskan siasatan," katanya.
Terdahulu, individu yang mendakwa sebagai saudara mangsa menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaannya berhubung kes itu.
Dalam luahannya di aplikasi X itu, dia memberitahu, ibu mereka sudah membuat laporan polis serta laporan berasingan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
Walaupun guru itu dipindahkan ke sekolah lain, mereka mendakwa guru terbabit dan adiknya masih berhubung dan pernah bertemu di pantai secara rahsia.
Bagaimanapun, dia kemudian menurunkan hantaran itu, yang menjadi tular.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Walaupun guru itu dipindahkan ke sekolah lain, saudara mangsa mendakwa guru terbabit dan adiknya masih berhubung dan pernah bertemu di pantai secara rahsia. - Foto tular di laman sosial.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.
Polis siasat dakwaan guru bercinta dengan pelajar lelaki
Polis mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.