awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan kanak-kanak lelaki cuba diculik lelaki bertopeng

Bernama
Bernama
23/08/2025
12:45 MYT
Polis siasat dakwaan kanak-kanak lelaki cuba diculik lelaki bertopeng
Christopher Patit berkata laporan itu dibuat pada hari sama kejadian didakwa berlaku membabitkan murid sekolah rendah berusia 12 tahun itu. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Polis Melaka sedang menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak lelaki bahawa dirinya cuba diculik seorang lelaki bertopeng yang menaiki van putih ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Paya Ikan di sini, pada 15 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata laporan itu dibuat di sini pada hari sama kejadian didakwa berlaku membabitkan murid sekolah rendah berusia 12 tahun itu.
"Saya mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu yang didakwa berlaku kira-kira 5 petang pada 15 Ogos dan polis masih menyiasat kesahihan dakwaan itu.
"Bagaimanapun, kejadian tidak berlaku di sekolah seperti yang tular di media sosial sebaliknya berlaku ketika mangsa yang berbasikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari kedai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini siasatan mendapati tiada cubaan culik terhadap kanak-kanak itu dan orang di dalam van yang didakwa pula tidak menegur murid lelaki tersebut.
Sehubungan itu katanya orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengundang kegusaran masyarakat khususnya ibu bapa.
Bagaimanapun ibu bapa haruslah sentiasa menjaga keselamatan anak mereka bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, katanya.
Terdahulu, tular di media sosial termasuk WhatsApp kes cubaan culik seorang murid sekolah rendah di Jalan Datuk Palembang di sini oleh seorang lelaki bertopeng dan menaiki van putih.
Kanak-kanak itu dilaporkan berjaya meloloskan diri dan memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum laporan polis dibuat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#media sosial
#WhatsApp
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan