SHAH ALAM: Polis menyiasat dakwaan berkaitan lukisan mural tidak senonoh di dinding Balai Seni Art Gallery Kuala Selangor, dekat sini yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam pada 10 malam semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat kepada harta benda dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah.
Beliau berkata siasatan awal mendapati projek seni lukis yang mendapat kelulusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada 22 Mac lepas, telah dimulakan oleh Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor pada 12 April.
"Bagaimanapun pihak MDKS tidak secara jelas diberitahu apakah bentuk atau jenis mural yang akan dilukis pada dinding tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata siasatan dari pelukis berkenaan menyatakan bahawa lukisan tersebut perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan sehingga selesai dan tiada unsur-unsur mural yang dilukis itu mencetuskan perbalahan kaum atau menghina pihak tertentu.
Sementara itu, MDKS dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook, memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan di media sosial mengenai lukisan yang tular itu.
Menurut MDKS, pihaknya menerima maklumat awal pada 7 malam bahawa lukisan terbabit masih 20 peratus dalam proses lakaran dan lukisan terbabit telah tular di media sosial.
Sehubungan itu, MDKS mengarahkan pelukis menyiapkan lukisan bahagian yang sensitif tersebut dengan kadar segera dalam tempoh tiga jam.
"Lukisan tersebut disiapkan pada 10 malam iaitu 40 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada atau sebelum 26 April ini," menurut MDKS.
MDKS turut memberi amaran dan peringatan kepada mana-mana penggiat seni agar sentiasa berhati-hati dan menjaga sensitiviti budaya tempatan dalam penghasilan karya seni dan merujuk kepada MDKS terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021
Berdasarkan siasatan, pelukis menyatakan bahawa lukisan tersebut perlu dilukis mengikut lapisan demi lapisan sehingga selesai. - Gambar/ Media sosial
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 3 September 2020.
Tiga wanita tempatan dipanggil bantu siasatan kes conteng mural pemimpin negara
Polis telah memanggil tiga wanita tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes conteng mural pemimpin negara.
Banyakkan kawasan untuk artis mural berkarya - Pelukis
Ia bukan sahaja sebagai platform untuk menunjukkan hasil seni, namun pada masa sama mampu mengindahkan kawasan selain 'menghidupkan' tempat berkenaan.