awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN

Bernama
Bernama
21/03/2025
10:00 MYT
Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN
Razarudin berkata laporan berhubung perkara itu dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, malam tadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Polis menyiasat pemilik akaun Facebook yang disyaki menghina Islam melalui kenyataan di media sosial.
  • Laporan dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Kenyataan tersebut menimbulkan reaksi pelbagai pihak dan dianggap menyentuh sensitiviti agama, dengan hantaran mendapat 42 perkongsian dan 270 komen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata laporan berhubung perkara itu dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, malam tadi.
"Hasil penelitian yang dijalankan mendapati bahawa hantaran tersebut mengandungi unsur yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia dan mendatangkan kegusaran awam.
"Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Razarudin berkata semakan mendapati hantaran tersebut mendapat 42 perkongsian dan 270 komen selain akaun Facebook berkenaan didapati masih aktif.
Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai hantaran disyaki mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mencabar askar dan umat Islam di Malaysia ke Gaza selain menyindir kecaman yang diberikan terhadap Israel sebagai tidak bermakna.
Kenyataan itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak dan dianggap menyentuh sensitiviti agama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hina Islam
#hantaran di laman sosial
#Ketua Polis Negara
#Razarudin Husain
#Gaza
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan