awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kehilangan pendawaian sistem amaran banjir di Gemas

Bernama
Bernama
05/01/2022
22:02 MYT
Polis siasat kehilangan pendawaian sistem amaran banjir di Gemas
Pemandangan udara menunjukkan kawasan perumahan di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Gemas dinaiki air, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Polis sedang menyiasat berhubung kehilangan pendawaian sistem siren amaran banjir dalam kotak siren yang berada di kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Taman Sungai Gemas, dekat sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya segera ke lokasi berkenaan selepas menerima laporan daripada seorang kakitangan JPS pada 1.44 tengah hari.
"Pemeriksaan lelaki berkenaan kira-kira sejam sebelum itu mendapati terdapat kesan umpil di kotak siren dan di pintu pagar masuk ke kolam tadahan tersebut selain mengesyaki pendawaian kotak dan beberapa barangan dicuri dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM1,000.
"Lokasi siren itu juga berada berhampiran Sungai Gemas dan kawasan perumahan Taman Sungai Gemas. Tempat kejadian mempunyai pagar di sekelilingnya dan didapati terdapat kesan pagar dirosakkan " katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata stesen amaran banjir yang dibina sejak 15 tahun lalu itu tidak dilengkapi apa-apa penggera atau kamera litar tertutup namun berada dalam keadaan baik dengan kali terakhir diselenggara pada 8 Dis tahun lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir negeri sembilan
#sistem amaran banjir
#Gemas
#kecurian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan