awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kematian CEO Cradle Nazrin Hassan sebagai kes bunuh

Assim Hassan
Assim Hassan
06/08/2018
13:05 MYT
Polis siasat kematian CEO Cradle Nazrin Hassan sebagai kes bunuh
Sebuah portal akhbar tabloid Bahasa Inggeris hari ini mendakwa keputusan makmal mendapati terdapat kesan minyak petrol dijumpai pada empat lokasi di kepala, bingkai katil, tilam dan telefon bimbit mangsa. - Gambar fail
Kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan yang maut pada 14 Jun lalu kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi Astro Awani malam ini.
“Pengklasifikasian semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuat berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keputusan bedah siasat yang diperolehi,” katanya.
Sebelum ini, perhatian pada kemungkinan kematian Nazrin adalah berpunca dari letupan telefon pintar yang didakwa meletup akibat terlalu panas.
BACA: Jenazah Nazrin Hassan selamat dikebumi
Pada 14 Jun lalu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian kebakaran di sebuah rumah, melibatkan bilik tidur utama di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut.
Menurut Komander Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Ramli Harun, mangsa ketika kejadian berada di bilik berkenaan seorang diri.
Sebuah portal akhbar tabloid Bahasa Inggeris hari ini mendakwa keputusan makmal mendapati terdapat kesan minyak petrol dijumpai pada empat lokasi di kepala, bingkai katil, tilam dan telefon bimbit mangsa.
Nazrin, 45 tahun, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
Topic Berkaitan
#bunuh
#CEO
#Cradle
#JBPM
#mangsa
#maut
#Nazrin Hassan
#polis
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan