awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kemungkinan kumpulan 'Tuhan Harun' ada kaitan militan

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2013
10:00 MYT
Polis siasat kemungkinan kumpulan 'Tuhan Harun' ada kaitan militan
Polis akan terus menjalankan siasatan terperinci terhadap kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang, Ahmad Raffli Ab Malek Ahad lalu kerana kumpulan itu dibimbangi terbabit dengan kegiatan militan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sebaliknya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada hasil siasatan.
Khalid dalam masa sama mengesahkan belum menerima sebarang permohonan untuk menggunakan senjata api daripada penguatkuasa agama.
"Memang kuasa polis untuk keluarkan lesen senjata api. Dalam kes ini sesiapa pun boleh memohon untuk lesen senjata api tetapi kita akan mengkaji sama ada cukup justifikasi untuk keluarkan lesen senjata api kepada pemohon jadi ada syarat-syarat tertentu untuk pemohon miliki senjata api, jadi jika penuhi syarat itu kita luluskanlah. Kami belum terima (sebarang permohonan)." katanya.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan agar anggota penguatkuasa jabatan agama dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi.
Dalam kejadian Ahad lalu, Ahmad Raffli maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.
Tambah Khalid setakat ini hanya tiga daripada 31 pengikut ‘Tuhan Harun’ yang diarahkan menyerah diri telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Pahang.
Usaha mengesan pengikut ‘Tuhan Harun’ yang lain akan diteruskan dan mereka dipercayai bukan sahaja berada di Pahang malah tinggal di beberapa negeri lain.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#Tuhan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan