Skip to main content

Malaysia

Polis siasat kereta plat Singapura pandu lawan arus

61750595399_CommunityRodaJohor.jpg
JOHOR BAHRU: Polis sedang menjalankan siasatan insiden sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura dipandu melawan arus di Kilometer 55 Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kejadian dipercayai berlaku pada 11.31 pagi semalam dan video insiden berkenaan turut tular di media sosial.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penguat Kuasa Trafik Insp Amirul Mustakim Mustaza di talian 017-4793329 bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular video daripada kamera papan pemuka sebuah kenderaan berdurasi 12 saat memaparkan sebuah kereta BYD berwarna putih dengan nombor plat Singapura dipandu secara melawan arus.

--BERNAMA




Advertisement

Must Watch Video