awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes bakal jemaah haji terkandas di KLIA

Bernama
Bernama
04/06/2025
12:49 MYT
Polis siasat kes bakal jemaah haji terkandas di KLIA
ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata setakat ini, pihaknya menerima tujuh laporan daripada bakal jemaah berkenaan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung insiden membabitkan kira-kira 80 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas didapati menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata setakat ini, pihaknya menerima tujuh laporan daripada bakal jemaah berkenaan.
"Saya sahkan menerima laporan tersebut dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan bahawa kira-kira 80 bakal jemaah haji ditahan oleh Pasukan Petugas Khas di KLIA selepas dipercayai agensi pelancongan yang menguruskan mereka menggunakan visa pelancong dan bukannya visa mujamalah seperti dijanjikan.
Difahamkan, jemaah gagal memperoleh visa mujamalah berkenaan berikutan masalah teknikal melibatkan sistem Nusuk, namun agensi pelancongan terbabit tetap mahu menerbangkan mereka ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, menyebabkan mereka tidak dibenarkan berlepas.
Visa mujamalah ialah visa khas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada individu atau kumpulan tertentu, dan tidak tertakluk kepada kuota haji rasmi yang diperuntukkan kepada Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#jemaah terkandas
#KLIA
#polis
#siasatan
#Sulizmie Affendy Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan