awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes gaduh di tengah jalan

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2023
07:26 MYT
Polis siasat kes gaduh di tengah jalan
Tular video di media sosial memaparkan beberapa individu bergaduh di tengah jalan di Jalan Pelabuhan Barat, Klang pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
KLANG: Polis mengesahkan kejadian pergaduhan yang berlaku di tengah jalan sebagaimana video tular di media sosial berpunca daripada kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Pelabuhan Barat yang menuju ke Pelabuhan Barat Klang, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, semakan dijalankan mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang.
"Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan polis berkenaan kejadian tersebut.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan gaduh gempar di tempat awam yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM1,000," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Jelasnya, semakan juga mendapati individu yang terlibat telah membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik IPD Klang Selatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.
Pada Sabtu, tular video di media sosial memaparkan beberapa individu bergaduh di tengah jalan di Jalan Pelabuhan Barat di sini.
Video yang dipercayai dirakam pengguna jalan raya itu turut memaparkan kemalangan melibatkan dua buah lori di lokasi kejadian. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gaduh di tengah jalan
#video tular
#Jalan Pelabuhan Barat
#gaduh gempar di tempat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan