awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes tular gaduh di CIQ Bangunan Sultan Iskandar

Sinar Harian
Sinar Harian
13/11/2025
23:20 MYT
Polis siasat kes tular gaduh di CIQ Bangunan Sultan Iskandar
Tular video di media sosial menunjukkan situasi sesak di CIQ dengan beberapa penumpang menunggu untuk menaiki bas dan kemudian dua individu dilihat bergaduh serta bertumbuk sehingga terjatuh. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan individu terlibat dalam kejadian pergaduhan yang tular di media sosial melibatkan dua lelaki di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima satu video tular kira-kira jam 5.30 petang pada Khamis yang memaparkan pergaduhan di lokasi berkenaan.
"Hasil semakan mendapati sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.
"Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat, saksi kejadian dan punca sebenar insiden berkenaan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan video tersebut di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya.
Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.
Sebelum itu, tular video di media sosial menunjukkan situasi sesak di CIQ dengan beberapa penumpang menunggu untuk menaiki bas dan kemudian dua individu dilihat bergaduh serta bertumbuk sehingga terjatuh.
Perkongsian video tular itu menarik perhatian ramai yang menggesa agar kerajaan dan agensi berkaitan pengangkutan awam memperbaiki sistem kawalan penumpang bagi mengelakkan kejadian sama berulang, terutama pada waktu puncak di BSI. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gaduh
#video tular
#CIQ Bangunan Sultan Iskandar
#sesak di CIQ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan