awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat laporan ibu dakwa anak cedera dikelar

Bernama
Bernama
27/10/2025
15:30 MYT
Polis siasat laporan ibu dakwa anak cedera dikelar
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera di leher dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di Parit Raja, awal pagi tadi.
BATU PAHAT: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera di leher dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di Parit Raja, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa, seorang wanita tempatan berusia 40 tahun pada pukul 9 pagi.
"Berdasarkan laporan, wanita itu menyedari anaknya mengalami kecederaan di leher sebaik sahaja dia tersedar daripada tidur pada 5.30 pagi di rumah mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulanuar Mushaddat berkata mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata tajam.
Beliau berkata orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan polis.
Terdahulu, tular gambar seorang kanak-kanak cedera di bahagian leher.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis siasat
#Polis Daerah Batu Pahat
#kanak-kanak cedera
#dikelar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan