awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat surat palsu guna nama TPM

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2024
22:50 MYT
Polis siasat surat palsu guna nama TPM
Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kes penyebaran surat palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan kes itu diterima pihaknya di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pada Jumaat.
Katanya, laporan itu dibuat oleh pegawai keselamatan Fadillah.
"Kes itu disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengikut Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan," katanya semalam.
Sebelum ini, media melaporkan laporan polis dibuat selepas seorang kakitangan awam memaklumkan kepada Fadillah menerusi WhatsApp selepas terbaca dua surat berkepala rasmi Jabatan Perdana Menteri di pejabat agensi kerajaan di Kuching, Sarawak, Selasa lalu.
Surat berkenaan memetik nama Fadillah namun tiada tandatangannya dan menawarkan pelbagai jawatan serta kelulusan kuarters kerajaan yang disebarkan individu yang menyamar sebagai pegawai kepada Fadillah.
Berikutan itu, pada Khamis, Fadillah dalam satu kenyataan menafikan pihaknya mengeluarkan surat pelantikan individu sebagai pegawai di pejabatnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Razarudin Husain
#surat palsu guna nama TPM
#surat palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan